Thursday, October 15, 2009

RASA FRUST??

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"

-Surah Al-Imran ayat 139-

Wallahua'lam

Tuesday, September 29, 2009

KENAPA AKU DIUJI SEBERAT INI..

Salam..

"Kenapa ujian seberat ini yg harus aku tanggung??"..Itulah soalan2 yg sering terucap dr bibir tatkala menerima ujian yg hebat dr Allah..Jadi sekadar peringatan utk dikongsi bersama..

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya. Ia mdpt pahala kebaikan yg diusahakannya dan juga menanggung dosa ats kejahatan yg diusahakannya"...Surah Al-Baqarah, ayat 286..

Marilah kta sama-sama bermuhasabah diri sendiri, bhwa segala ujian yg dikurniakan Allah ini adalah sesuatu yg dr kemampuan kita..Tidak ada sesuatu yg mustahil bg kita tempuhi..Allah Maha Adil yg tlh menentukan sesuatu ujian itu, biarlah seberat mana harus ditanggung, percayalah bahawa kita mampu menghadapinya..Yakinlah dengan firman Allah S.W.T ini...Allah tidak pernah membiarkan hambanya tanpa tali di lautan yg luas tetapi kita sendiri yg sering memustuskan taliNya dan hanyut dengan tangan sendiri...
Wallahua’lam

Monday, September 21, 2009

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yang Aku Idamkan??

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui...Surah Al-Baqarah : 216.."

Itulah firman Allah S.W.T yang jelas memberi kita panduan dan nasihat yang sebaik-baiknya untuk kita meneruskan kehidupan.. mungkin apa yang kita impikan sesuatu dan kita telah berdoa setulus-tulusnya tetapi terdetik dihati, hairan kenapa Allah tidak memakbulkannya..Mungkinkah Allah tidak memperkenankan doa kita ke?? Jwapannya , mungkin apa yg kta minta itu tdk baik utk kta pd msa skrg jgk pd msa depan....Tetapi apa yg kta xnk yg itu Allah berikan, ia mungkin nmpk tdk baik utk kta bt msa skrg tp ia adalah yg terbaik bt kta di masa hadapan..seperti cerita seorang pemuda yg telah berdoa kpd Allah untuk mempunyai seekor rama-rama n sekuntum bunga tetapi Allah tlh berikannya seekor ulat n pokok kaktus yg berduri..pemuda itu rsa sedih dan hairan kenapa Allah tidak memperkenankan doanya...kemudian pemuda itu membuat kesimpulan bahawa mungkin Allah mempunyai bnyk doa utk dperkenankan oleh Nya..Tetapi tidak lma kemudian, Ulat tersebut telah bertukar menjadi seekor rama-rama dan pokok kaktus tlh mengeluarkan sekuntum bunga yg cantik..barulah pemuda itu sedar bahawa ,,,"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui...Surah Al-Baqarah : 216..".. So dis is d answer for d question "Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yang Aku Idamkan??"...Wallahua'lam..

Kenapa Aku Diuji.....

Apakah, manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta".....Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Wednesday, September 2, 2009

KATA-KATA HIKMAH DRPD SAYIDINA UMAR AL KHATTAB

Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan:

– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.

– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.

– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.

– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.

– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.

– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.

– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.

– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.
(*msg frwd)

wallahua'lam